Saturday, 11 February 2012

merpati putih bab1



Bab1: bertemumu suatu kesakitan…
Riuh rendah kedengaran suara manusia didalam sebuah majlis yang meriah. Gelak tawa dan dekorasi bunga-bungaan yang cantik memeriahkan lagi majlis hari jadi seorang gadis bernama Amani. Senyumannya yang lebar saat berbual bersama teman-temannya memperlihatkan betapa hatinya berbunga bahagia.
“happy birthday to you…happy birthday to you…happy birthday to Amani.. happy birthday to you…”
Amani meniup lilin seraya para tetamu menepuk tangan mereka dengan gemuruh sekali. Amani tersenyum manis kepada semua tetamu.
“happy birthday,sayang..”ucap seseorang kepada Amani.
Amani menoleh ke belakang dan tersenyum girang melihat seorang lelaki dalam lingkungan 50-an memandangnya dengan sebuah senyuman yang manis.
“papa… Ani ingat papa tak datang.”
“kenapa pula papa tak datang majlis hari jadi anak kesayangan papa..? Anilah satu-satunya anak papa dalam dunia ini. Papa sangat sayangkan Ani”
Amani lantas memeluk ayahnya itu dengan penuh kasih sayang.
“Terima kasih papa.. sebab sudah menjaga Ani” Ucap Ani dengan mata yang berkaca.
“Ani…” Amani berpaling kearah suara itu. Dia tersenyum manis melihat wajah ibunya yang ceria.
“Ada apa,Mama?”
“Ani , ajak semua tetamu kita untuk menjamu selera. Pergilah sekarang!” arah Puan Latifah.
“Baiklah,Mama..” Jawab Amani lantas pergi ke tengah ruangan dan mengetuk gelas dengan nyaring. Semua tetamu memandangnya.
“Saya ingin memberi sepatah dua kata sebelum kita semua menjamu selera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah menjaga saya dengan baik sehingga saya besar.”ucap Amani dengan penuh perasaan sayang kepada orang tuanya. Semua tetamu hanya memandang wajah mulus Amani yang cantik itu dengan senyap. Mereka terpana melihat senyuman Amani yang cantik itu dihiasi dengan lesung pipit yang comel.
Amani melangkah girang ke arah kedua-dua orang tuanya itu dengan girang. Dato’ Johan meletakkan kunci di telapak tangan Amani. Amani kebingungan. Ditatap wajah ayahnya dengan wajah yang berkerut.
“apa ni papa?” Tanya Amani.
Dato’ Johan tersenyum lalu membelai rambut Amani yang panjang dan lembut itu.
“ini hadiah papa untuk anak kesayangan papa. Amani jaga baik-baik tau. Papa ikhlas bagi amani ini. Biar senang Amani nak pergi kolej nanti.”
“Terima kasih,papa” ucap Amani dengan mata yang berbinar.
Dato’ Johan tersenyum manis. Puan Latifah hanya memandang sambil merangkul pinggang Dato’ Johan dengan senyuman.
Tepat jam 11.30 malam, semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya nyanyian cengkerik yang mengalunkan keindahan rumah banglo itu. Deruman air yang berada di ruang taman hadapan samar-samar kedengaran memecah sunyi yang menghimpit setelah majlis sebentar tadi.
Amani melangkah mendekati Puan latifah dengan laju lalu memeluk Puan latifah yang sedang menonton televisyen dari belakang.
“mama….” 
Puan Latifah terkejut namun dibiarkan sahaja setelah Amani melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Papa mana?” Tanya Amani.
“mandi… penat sangatlah tu.” 
Amani tiba-tiba memuncungkan bibirnya.
“kenapa buat muka macam monyet ni? Tak eloklah. Buruk nampak….”
“Apalah mama ni… muka kita disamakan dengan monyet. Tak sukalah..” rajuk Amani.
“yalah..yalah… kenapa tiba-tiba muka masam ni?” Tanya puan Latifah sambil membelai rambut Amani yang panjang itu.
“emm… amani nampakkan kebelakngan ni,papa selalu sibuk. Papa dah tak macam dulukan, ma?birthday amani pun papa datang lambat.”
Puan Latifah menghela nafas lembut. Tangannya berhenti membelai kepala Amani.
“Amani.. papa mesti ada sebabnya kenapa datang lambat. Amani kena memahami situasi papa. Papa bekerja siang malam untuk siapa? Untuk kita jugakan…”
“memang untuk kita, ma…tapi,sekarang ni papa betul-betul jarang ada masa untuk kita.”
Amani meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Sudah hampir sebulan papanya selalu pulang lewat malam. Awal pagi bertolak pergi kerja. Sentiasa sibuk. Hari minggu pula, keluar bersama klien ke padang golf. Itulah yang ayahnya itu lakukan setiap hari. Dia harus menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu.
Puan Latifah memegang lembut tangan Amani yang putih.
“Amani…sekarang ni Amani betul-betul dah menjangkau usia 21 tahun. Sepatutnya Amani berfikiran secara rasional sekarang ini. Amani tak boleh bertindak mengikut emosi. Mana tahu kalau-kalau papa memang sibuk sangat sekarang ni. Sebab itulah papa jarang bersama kita. Faham?” tegas kedengaran suara Puan Latifah.
Amani terdiam menatap wajah ibunya itu. Puan Latifah melepaskan pegangan tangannya dari Amani.
“Kalau macam tu,apa kata kalau kita sekeluarga pergi bercuti? Bolehlah merapatkan hubungan kita semula. Lagi pula,papa perlukan rehat jugakan?” cadang Amani.
Puan Latifah memandang Amani. Ada saja perkara yang terlintas kat kepala anak aku ni.. hai… memang susah untuk dia berubah jadi matang nampaknya. Kata hati Puan Latifah.
Dato’ Johan menghampiri dengan berpakaian melayu. Baru selesai menunaikan solat isyak. Dicapai remote control lalu menukar ke siaran berita dunia. 
“tengah bincang apa tu?’ Tanya Dato’ Johan sambil menoleh sebentar ke arah Amani. Amani melabuhkan punggungnya di sebelah Dato’ Johan pula. Puan Latifah hanya menggeleng.
“erm…papa, amani nak Tanya sikit boleh tak?”
Dato’ Johan menoleh dan mengangguk.
“macam mana kalau kita sekeluarga melancong?”
Dato’ Johan diam. Amani pula menggunung harapannya. Dato’ Johan berpaling kepada televisyen semula.
“ke mana?” Tanya Dato’ Johan ringkas. Amani berbunga harapan.
“erm.. ke langkawi. Dekat dan tak payah naik flight. Mama kan tak boleh naik flight.”
“bila?” soal dato’ johan sambil teguh pada kaca televisyen.
“minggu depan?”
Dato’ johan memalingkan wajahnya dengan senyuman.
“minggu depan…baiklah.”
Amani teruja. Tubuh tua papanya dipeluk erat.
“terima kasih,papa.”
Puan latifah menggeleng sambil tersenyum melihat telatah manja Amani. Senyuman dan hilai tawa Amani menghiasi rumah itu.

HENRY memberi dedak pada merpatinya di hadapan kaunter. Kedai yang di bina hasil usaha kerasnya masih berjalan seperti biasa. Walaupun masih masih setahun jagung dalam bidang ini namun dia tetap tabah membangunkan kedai pet house ini. Inilah yang diminatinya sejak dahulu. Memiliki sebuah kedai menjual haiwan peliharaan sendiri.
Merpati putih yang ada dihadapannya dibelai lembut. Inilah haiwan kesukaan arwah ibunya. Dia seakan melepaskan rindunya terhadap ibunya pada merpati ini.
“amboi…bila dah ada burung kesayangan dia,dah tak ingat dunia.bagaikan burung itulah nyawa dia.” Tegur najiha tiba-tiba entah datang dari mana. Henry memandang Najiha yang sedang berdiri dihadapannya.
“memang betul,jiha. Merpati ni umpama nyawa kepada aku. Hanya merpati ni yang membuatkan rindu aku pada ibuku terbalas.” Ujar henry dengan mata berbinar. Serta merta wajah Najiha berubah sedih. Tujuannya datang hanya ingin menghiburkan henry tapi kata-katanya tadi telah membuatkan henry teringat kembali pada ibunya. Bodoh punya mulut! Marah najiha dalam hati.
“sudahlah,henry. Perkara itu dah lama berlalu.kau patut dah lupakan pengalaman ngeri kau itu. Mak kau dah pergi selamanya.” Najiha cuba menenangkan henry walaupun hakikatnya dia bukannya jaguh dalam memberi nasihat ataupun memujuk.
Henry memandang sayup merpatinya.
“memang aku harus melupakan kejadian itu. Aku faham. Semua orang boleh cakap yang aku harus melupakan semua itu tapi… aku ini manusia biasa. Bohong kalau aku katakan yang aku dah lupa kejadian yang merenggut nyawa ibuku.”
Najiha tertunduk cuba menahan sebak. Setiap kali perkara ini dibangkitkan dia tak mampu untuk memandang henry. Hatinya sedih.
“maafkan aku…” suara najiha kedengaran serak.
“tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Aku tahu kau hanya nak tengok aku bahagia. Aku hargainya tapi please… aku tak bleh nak lupakan kejadian itu.” Ucap henry lantas berlalu pergi meninggalkan najiha yang masih menahan tangisannya.
Setelah henry menghilang,perlahan-lahan air matanya terjurai keluar. Esakan demi esakan kedengaran di segenap ruang yang sunyi. Najiha terlalu kasihankan sahabatnya dari kecil itu yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Tanpa sedar, henry melihat najiha dari jauh. Hatinya juga meruntun melihat najiha sebegitu namun apabila perkara ini diungkit hatinya sedih dan terluka. Dia sudah cuba melupaknnya namun tak terdaya. Akhirnya,dibiarkan najiha teresak-esak keseorangan di situ. Dia berlalu ke biliknya yang terletak di tngkat atas. Bangunan ini mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah untuk perniagaan manakala tingkat atas merupakan tempat tinggal henry.
Henry meletakkan merpati putih bergayut diatas tongkat yang disediakan khusus untuk burungnya didalam bilik tidurnya. Walaupun bilik itu tidak sebesar mana,tapi sudah memadai untuk memberinya keselesaan. 
Henry baring diatas katil sambil memerhati merpatinya. Matanya berkaca semula apabila terimbas kenangan semasa arwah ibunya menghadiahkan seekor merpati kepadanya buat pertama kali. Ketika itu umurnya baru shaja mencecah usia 6 tahun. Mereka duduk di sebuah bangku di taman permainan.
“henry…ibu nak hadiahkan sesuatu pada henry. Nak tak?”Tanya zafirah lembut.
Henry mengangguk. Ibunya meletakkan seekr merpati di hadapannya. Henry teruja.
“apa ni,ibu? Cantiknya…” ujar henry lalu memegang merpati itu.
Zafirah membelai lembut rambut henry. 
“henry jaga baik-baik tau. Jaga merpati itu macam henry jaga ibu.” Pesan Zafirah lalu memeluk tubuh kecil henry.
“baik,ibu. Henry akan jaga merpati macam henry jaga ibu.”
Zafirah mencium ubun-ubun dikepala henry. Terserlah kecantikan ibunya yang kacukan melayu-inggeris apabila tersenyum. Sukar untuk dia lupakan wajah itu. Tambahan pula,dia juga mewarisi wajah kebaratan dari ibunya itu.
Henry tersedar dari lamunan. Cecair hangat telah mengalir dipipinya tanpa disedarinya. Dia mengesat airmatanya lalu membuka laci meja disebelah katilnya. Diambilnya seutas rantai yang cantik dihiasi dengan permata. Kerana rantai inilah dia kehilangan ibunya buat selama-lamanya. Henry meletakkan semula rantai itu ke tempatnya.

SUASANA malam itu sangat lenggang dari orang ramai. Jam baru shaja menunjukkan jam 11.00 malam namun orang ramai sudah berkuarangan. Yang ada hanya beberapa pemuda yang duduk tertidur di kerusi. 
Zafirah berpimpin tangan dengan henry menuju ke bus stop selepas puas berjalan-jalan. Tertunai sudah hajat henry untuk berjalan hari ini. Kebahagian anaknya adalah yang paling utama. Dia bahagia bila henry bahagia.
“ibu...sernoknya hari ini. Lain kali kita datang lagi ye?” soal henry kegirangan. Zafirah tersenyum manis.
“insyaallah… ada masa datang lagi. Tapi henry kena jadi budak baiklah kalau nak ibu bawa ke sini lagi.”
“baik,ibu. Henry akan jadi budak baik. Henry janji dengan ibu.” Janji henry dengan bersungguh-sungguh. Mata bundar itu kelihatan bersinar.
Keadaan mula sunyi. Bas yang ditunggu tidak juga sampai. Henry sudah tertidur diatas riba ibunya. Dari jauh Zafirah merasakan ada sepasang mata memandang mereka tapi mujurlah waktu itu ada 2 orang lelaki tidur di sebelah mereka. Hatinya sedikit tenang.
Bunyi deringan telefn membuatkan zafirah kelam kabut mencarinya didalam beg. Tiada. Dia mencari pula di dalam beg sekolah henry tergpoh-gopoh. Henry terjaga. Dia mengesat matanya yang mengantuk.
“ada apa, ibu?”Tanya henry dengan nada mengantuk.
“henry ada nampak telefon ibu?”
Henry menggeleng.
“bangun sekejap! Ibu nak cari dulu.”
Henry bangun dan memandang ibunya. Tiba-tiba seorang lelaki yang kusut masai menghampiri ibunya lalu menangkap ibunya sambil menghulurkan pisau ke leher ibunya.
“beri aku semua barang bernilai kau! Cepat!” arah lelaki tersebut dengan mata yang merah. Suaranya garau. 2 orang pemuda terjaga dan terkejut. Merka menarik henry ke belakang. Keadaan mulai getir.
“sa..saya..tak ada barang apa pun yang bernilai..” ujar zafirah ketakutan.
“ah!! Kau jangan nak tipu aku. Aku tak percaya! Bagi sini barang berharga kau!!” jerit lelaki itu. Dia terpandang rantai yang ada di leher ibu henry. 
“ni barang berhargalah ni..” lalu meragut rantai itu dengan kasar. Zafirah melawan untuk merampas kalung tersebut semula. Lelaki itu menampar muka zafirah dan menumbuk perutnya namun zafirah tetap berkeras.
“tlong!! Jangan ambil rantai ni. Saya dah tak ada apa-apa lagi melainkan rantai ini. Tidak! lepaskan rantai ini!” lawan zafirah. Lelaki itu sudah bengkak dengan zafirah. Tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan sebilah pisau dan menikam tepat ke jantung zafirah. Mata zafirah terbuntang kesakitan.
Lelaki it uterus melarikan diri tanpa sempat mengambil rantai tersebut kerana 2 orang pemuda itu hendak menyerangnya. Pemuda-pemuda itu menghampiri zafirah yang menahan kesakitan. Henry hanya melihat ibunya terbaring memandang kearahnya dengan menghulurkan tangan sedangkan dia terpaku menatap wajah ibunya.
Henry melihat kedalam mata ibunya yang sedang menahan kesakitan. Orang ramai mula berkerumun di sekeliling.
“MAK!!!” jerit henry sekuat hati setelah tersedar dari mimpi. 
Peluh-peluh kecil menghiasi dahinya. Dia beristigfar beberapa kali lalu menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Mimpi ini datang lagi dalam tidurnya. Sudah acapkali dia bermimpi peristiwa hitam itu. Kejadian yang membuatkan insane yang paling disayanginya pergi meningglkannya keseorangan di dunia yang penuh pancaroba ini.
Sedikit titisan hinggap di pipinya. Dia sangat rindukan belaian manja ibunya biarpun telah lama ibunya pergi meniggalkannya.
“ibu… henry sayangkan ibu. Henry rindukan ibu..’ucap henry perlahan sambil menahan esakan. Hatinya di selubungi rindu yang teramat. Rindunya menggamit seribu kenangan bersama ibunya.

PAGI itu,Najiha bersiap agak awal kerana ingin membantu henry di kedainya. Walaupun henry tidak pernah membayarnya malahan tidak pernah meminta bantuannya, dia tetap membantunya kerana sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membantu henry. Sejak dulu hingga kini, dia tetap akan menghulurkan bantuan kepada henry walaupun tidak pernah dipinta.
Najiha melangkah menuruni tangga kearah ibu bapanya, fatimma dan datuk kamal yang sedang menanti di meja makan. Najiha duduk disamping ibunya yang sedang menuang kopi ke dalam cawan bertentangan dengan datuk kamal. Dia mengambil sekeping roti. Perutnya tidak merasa ingin menjamah mee goreng ibunya. 
“Hari ini ke kedai henry lagi ke?” Tanya Fatimma setelah selesai menuang kopi. Dihulurnya kopi itu kepada datuk kamal yang sedang tekun membaca surat khabar.
Najiha mengangguk sahaja kerana mulutnya sedang mengunyah roti. Dia tidak mahu memudaratkan system penghadamannya yang sering bermasalah. Dia juga ingin mengikut sunnah nabi yang menggalakkan kita untuk mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Memang benar dan berhikmah apa yang disampaikan oleh nabi Muhammad dan tidak pernah ada perkara yang dilakukan baginda mendatangkan kemudaratan melainkan kebaikan. Itulah peribadi mulia nabi kita,nabi Muhammad S.A.W.
“Jiha..Jiha.. ummi bukan apa. Hari-hari Jiha pergi ke kedai henry tu. Tak ada kerja lain ke? ” soal fatimma lalu duduk di sebelah Najiha.
Najiha memandang ibunya. Ada kedut di dahinya. Hairan mendengar soalan ibunya yang dianggap pelik. Tidak pernah ibunya bertanya seperti ini. Inilah kali pertama dia mendengarnya.
“Kenapa dengan kerja tu, ummi? Selama ini ummi tak pernah pun Tanya soalan macam ni. Kenapa tiba-tiba ummi Tanya Jiha?”
Fatimma diam. Hanya matanya tepat memandang seraut wajah anak gadisnya yang sudah menjangkau usia 21 tahun itu.
“ummi…” seru najiha lembut sambil mengusap lembut tangan umminya.
“Bukankah ummi menyuruh Jiha menolong orang lain sejak kecil lagi. Ummi yang pesan jangan jadi orang yang sombong dan bongkak. Hidup ini Cuma sekali. Jangan dibazirkan masa didunia ini dengan perkara yang tak berfaedah. Ummi pun pesan Henry tu dah macam keluarga kita. Kenapa ummi Tanya macam tu?”
“memanglah ummi pesan yang kita harus lakukan kebaikan tapi ummi juga pesan yang kepentingan kita juga harus di penuhi. Ummi tengok Jiha tak pergi mana-mana lepas habis semester ni. Asyik tolong henry je.” Fatimma menyuarakan apa yang terbuku di hatinya sejak Najiha tidak putus-putus membantu henry.
“Ummi… Jiha tak rasa apa-apa kesusahan pun. Ummi aje yang panas mata kot. Itulah, asyik tengok Jiha melekat aje dengan henry itu. Dengan ummi Jiha jarang ada kan? Ummi marah pasal tu ke?” duga najiha memerangkap senyuman umminya itu. 
“pandai-pandai aje mengata Ummi. Ingat ummi ni budak-budak lagi nak rasa semua itu?” nafi fatimma. Najiha hanya tergelak kecil. Datuk kamal yang menjadi pemerhati semenjak tadi turut tersenyum. Terkena lagi isterinya itu oleh Najiha.
Najiha mengangkat punggungnya dari kerusi lalu menyalami orang tuanya.
“ni nak pergi terus ke ni?” Tanya fatimma lagi.
Najiha mengangguk sambil tersenyum.
“jiha! Jangan lupa pasal tawaran Ayah pada Henry tu. ’ suara Datuk kamal tiba-tiba mencelah setelah lama tidak bersuara. 
“tawaran kerja kat resort ayah kat langkawi tu ke?” Tanya najiha inginkan kepastian.
“ya. Dan beritahu dia yang ayah berharap sangat dia akan terima tawaran ayah ni.” Tambah Datuk kamal lagi.
“baik, ayah.”
Najiha meninggalkan rumahnya dengan kereta viva berwarna merahnya yang diberi oleh ayahnya pada 2 tahun lepas. 
Sampai sahaja di kedai, Najiha terus ke belakang untuk memeriksa haiwan-haiwan yang baru di hantar semalam. Dua jenis binatang yang dihantar semalam. Katak dan arnab. Ada 10 ekor katak jenis sumatera timur dan 8 ekor arnab putih. Kesemuanya harus diperiksa tahap kesihatan dan juga keselamatan mereka. 
Henry menghampiri najiha yang sedang leka memeriksa arnab-arnab yang berada di dalam kotak kaca. Henry berdehem sedikit namun tetap tidak disedari oleh Najiha.
“Jiha…” akhirnya henry memanggil Najiha dengan lembut. Najiha menoleh.
“Henry… kenapa?”
“pukul berapa kau sampai? Aku tak sedar pun.”
“pukul 9 tadi. Kau ada kat bilik air tadi masa aku masuk. Tu yang kau tak sedar tu.”
“owh.. kau tengah buat apa tu?”
“aku tengah checking arnab tu. Nanti kau boleh letak arnab-arnab ni kat depan tu. Aku dah siap dah checking.”
“terima kasih. Oh ya, kau dah sarapan?”
Najiha mengangguk.
“oh.. kalau macam tu aku sarapan dululah. Kau tolong jaga kedai boleh?”
“boleh… no problem!!!” ujar Najiha sambil menunjukkan ibu jarinya. Henry tertawa melihat gelagat Najiha sambil melangkah pergi.
“henry!”
Langkah Henry terhenti apabila najiha memanggilnya. Dia menoleh sambil mengerutkan dahinya yang putih itu.
“lepas ni aku nak Tanya kau sesuatu.” 
Henry mengangguk lalu pergi dan menghilang. Najiha menarik nafas untuk melegakan hatinya.

Amani melangkah satu persatu memasuki kedai itu. Kaca mata hitam masih setia melekat walaupun sudah berada di dalam kedai. Kasut tumit tinggi berwarna hitam di padankan dengan baju blaus berskirt paras lutut cukup sepadan dengan kulit amani yang putih melepak.
Amani menghampiri kotak yang berisi katak-katak kecil. Dia tersenyum sendiri
Takkan aku nak berikan katak kat papa? Nanti tak pasal-pasal papa kena serangan jantung. Amani geli hati dengan kata-katanya sendiri. Dia memerhati katak itu dengan jarak yang semakin dekat. Tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang. Amani terkejut. Dia melangkah ke belakang dan terlanggar kotak katak tersebut. Habis semua katak-katak itu melompat di sana sini setelah kotak itu terjatuh ke lantai. Amani menjerit ketakutan apabila seekor katak hinggap di kakinya. Dia terus memeluk Henry yang bermasam muka. Tanpa sedar, pelukan Amani sangat erat. Henry hanya memandangnya. Amani tidak sedar lagi akan perbuatannya itu. Setelah seketika, baru dia tersedar yang tangannya erat pada bahu Henry. Dengan pantas dia menarik tangannya semula.
“Saya minta maaf…” ujar Amani gugup kerana malu.
“itu aje… lepas buat kecoh minta maaf?” kasar kata-kata Henry di lemparkan kepada Amani. Terbuntang biji mata Amani mendengar pertanyaan Henry.
“awak ni siapa? Saya dah minta maaf tau sebab peluk tadi? Saya tak sengaja.”
“saya ni tuan kedai ni. Saya tak marah pasal peluk tu. Tapi saya marah sebab awak dah hilangkan semua katak-katak saya. Sekarang ni apa nak buat? Terpaksa saya cari di merata tempat. Dan ini semua salah awak!”
“Awak tak boleh nak salahkan saya. Takkan sebab perkara yang tak disengajakan awak nak marah? Tak professional langsung!” marah Amani kembali.
“Dah buat salah,pandai nak cari alas an untuk larikan dirikan? Awak apa tahu. Saya yang terpaksa mencari menanggung susahnya. Awak boleh lah lari lepas minta maaf.”
Amani mendengus kasar. Sakit hatinya melihat peniaga seperti Henry. Tidak bertimbang rasa dan panas baran. Mana sesuai orang sepertinya untuk berniaga. Memang tak akan maju perniagaan lelaki ini! Sumpah Amani di dalam hati.
“Sekarang ni awak nak saya buat apa? Awak nak saya bayar ganti rugi? Saya boleh bayar.” Cadang Amani.
Henry ketawa sinis. 
“Inilah tabiat orang kaya. Lepas buat salah semuanya diselesaikan dengan duit. Ingat duit itu segala-galanyakah?” sindir henry.
“habis tu awak nak saya buat apa?”
Henry memandang dingin kearah amani. Tanpa sepatah kata Henry meninggalkan Amani yang terkebil-kebil sendirian. 
“encik!! Encik!” jerit Amani namun tidak di pedulikan. Henry tetap melangkah pergi. Amani menghentak kakinya berkali-kali tanda protes namun tiada siapa mendengar.
“maafkan saya.” Najiha memanggil Amani dari belakang. Entah sejak bila Najiha ada di situ, amani tidak sedar. Amani menoleh. Dipandang sekujur badan milik gadis yang sangat cantik walaupun bertudung. Matanya yang bundar di hiasi bulu mata yang melentik. Sangat cantik. Puji hati Amani.
“Maafkan saya atas kekasaran bos saya tadi.” Najiha menghampiri Amani lalu bersalam dengannya. Memang Najiha sering memperkenalkan henry sebagai bosnya kepada pelanggan.
“oh.. tak mengapa. Saya faham.” Entah mengapa hanya ayat itu yang boleh ditutur saat ini. Ikhlas ke mulutnya mengatakan tidak mengapa? Hanya Allah yang tahu.
“terima kasih kerana memahami. Apa yang cik……?” Tanya Najiha sambil menunjukkan jarinya kepada Amani untuk bertanya namanya.
“Amani!” jawab Amani pantas.
“ baiklah. Kalau macam itu apa yang boleh saya bantu cik Amani?”
“ermmmm… saya nak cari pet untuk papa saya. He love to have a pet a lot. So, what is the best pets you have here?” soal Amani sambil melihat-lihat serangga yang di susun rapi di atas rak kayu yang dicat coklat kemerah-merahan.
Najiha membuntuti langkah Amani. 
“we have a lot of types pets here. From the tiny one to the bigger one. Cik Amani hanya pilih saja apa yang sesuai untuk papa cik Amani.” Terang Najiha bersungguh-sungguh.
Amani memandang Najiha dengan serius. Berkerut dahi Najiha.
“tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Saya tak minatlah. Awak panggil aje saya Amani.” 
Najiha tersenyum. Dia mengangguk lembut sebelum berdiri betul-betul disebelah Amani. Tinggi mereka hampir sama. Cuma Amani yang memakai kasut tumit tinggi kelihatan lebih tinggi berbanding Najiha.
“Baiklah, kalau macam itu haiwan macam mana yang Amani nak?” Tanya Najiha sekali lagi.
“Saya nak haiwan yang jinak yang tak perlu susah sangat untuk di jaga. Sebab papa saya itu bukannya ada masa sangat nak jaga pet dia itu. Yang dia tahu nak bela aje, jaga kurang.” Ujar Amani lalu ketawa sendiri dengan kata-katanya. Najiha hanya tersengih tidak mengerti apa yang melucukan Amani.
“saya rasa ada haiwan yang sesuai untuk papa Amani. Mari ikut saya.” Ajak Najiha setelah ketawa Amani reda. Amani pula yang mengekori Najiha dari belakang.
Najiha mengambil seekor arnab putih lalu di hulurkan kepada Amani. Arnab putih itu bergerak-gerak cuba melepaskan dirinya setelah berada dalam pelukan Amani.
“Saya rasa arnab adalah haiwan yang paling sesuai. Papa Amani tak perlu susah-susah. Makanannya hanya perlu diletakkan di dalam bekas yang disediakan. Bila dah habis baru isikan semula. Sangkarnya pula hanya perlu dibersihkan 2 kali sebulan. Kalau papa Amani terlamapu sibuk, papa Amani hanya perlu letakkan makanan banyak-banyak dalam bekas itu.” Jelas Najiha secara terperinci. Amani hanya mengangguk. 
“not bad… tapi saya nak tengok-tengok dulu pets yang lain. Boleh?” Tanya Amani.
Najiha mengangguk dengan ukiran senyum di pipi. Amani terus memerhati dan mengusik-ngusik haiwan yang ada di sekelilingnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat seekor merpati putih bertenggek di dalam sangkar.
“macam mana dengan merpati ini? Berapa harganya?” soal Amani tanpa memandang Najiha. Tangannya mengelus lembut kepala merpati itu.
Najiha teragak-agak. Mulutnya terkunci sukar untuk berkata-kata.
“awak…” tegur Amani setelah Najiha agak lama berdiam diri.
“a.. a… itu.. bukan untuk di jual. Tapi kalau awak nak merpati, ada merpati yang lain tapi akan di hantar ke sini minggu hadapan.” Cadang Najiha.
Amani berdiam. Berfikir sejenak. Tidak mungkin dia ingin membeli merpati minggu hadapan kerana minggu hadapan mereka ingin bercuti di langkawi. Lebih baik kalau dia beli hadiah lain. Alang-alang dah sampai sanakan…baik beli kat sana. Merpati mesti lambat lagi.
“erm.. tak apalah. Saya tak jadi belilah. Tapi boleh saya tahu kenapa merpati ini tak boleh di jual?”
“sebenarnya merpati ini milik Henry.”
“Henry?”
“lelaki tadi.”
“oh… lelaki tadi. Tak sangka… pet macam ni yang dia suka. Luarannya sahaja kasar tapi.. dalamnya mesti lembut.” Amani ketawa lagi. Najiha hanya membisu. Dia agak tidak suka dengan apa yang dituturkan Amani tadi.
“ehem..ehem..” deheman itu menyebabkan Amani terpaku. Hatinya berombak kecil.
Amani menoleh. Kelihatan Henry memandangnya tanpa segaris senyuman. Amani menelan air liurnya dengan berat.
“Saya…Saya..” Amani cuba bersuara untuk membela dirinya namun kerongkongnya tersekat. Henry menghampiri.
“Saya paling tak suka jenis yang mengutuk orang lain kat belakang. Walaupun awak customer saya tapi saya takkan bertolak ansur dengan orang macam awak. Awak faham?” tegas kata-kata henry sambil memandang tepat ke dalam mata Amani.
“Saya tak kisah! Saya…” 
Tiba-tiba tangan Amani terpukul sangkar merpati tersebut sehingga terjatuh ke lantai. Najiha tergumam. Henry mengetap bibirnya. Geram dengan sikap Amani yang kelam kabut. Sebentar tadi katak-kataknya. Sekarang, merpatinya yang menjadi mangsa. Henry menolak kasar tubuh Amani sehingga berundur sedikit. Mujur tubuh Amani sempat di sambut Najiha.
“Henry!!!” jerit Najiha. Kesal dengan sikap Henry. Amani terkedu.
Henry tetap tidak mempedulikan mereka. Dia hanya memikirkan merpatinya sahaja. Amani memandang Najiha dengan wajah yang sugul. Hatinya seperti dicarik-carik. 
“Amani..i’m sorry.” Tutur Najiha sambil menggenggam tangan Amani.
` “it’s okay..i’m fine.” 
“Mari kita ke depan.” Ajak Najiha.
Mereka pergi meninggalkan Henry yang masih asyik dengan merpatinya itu.
“saya minta maaf bagi pihak Henry atas kelakuan kasar dia tadi. Saya betul-betul minta maaf.”
“tak apalah. Mungkin hari ini saya datang pada waktu yang salah.”
“Henry tak macam ni selalunya. Hari ini dia jadi macam ini pun sebab saya. Kami bertengkar sedikit pagi tadi. Maaf sebab awak yang jadi mangsa.”
Bertengkar? Mungkin mereka ini ada hubungan yang lebih dari kawan. Kata hati Amani.
“erm..tak apa. Saya okay. Saya faham situasi dia. Kalau macam itu,saya balik dulu ye.”
“Oh..Amani boleh tinggalkan contact number untuk saya call nanti tak? Mana tahu kalau ada masa kita boleh berborak kosong.” Pinta Najiha lalu tertawa kecil. Amani tersenyum.
“Boleh…”
Amani mengeluarkan sekeping kad dan diserahkan kepada Najiha. Dia berlalu pergi setelah bersalam dengan Najiha. Setelah Amani hilang dari pandangan, Najiha mengatur langkah mencari Henry. Dia harus diberi pengajaran untuk apa yang dia telah buat hari ini.
(bersambung....)

0 comments:

Post a Comment

 

pemburu cinta. Design By: SkinCorner