skip to main |
skip to sidebar
Bab 2: benci yang indah…Najiha merenung jauh ke laut. Matahari terbenam memancarkan cahaya kecantikan didasar air. Angin pantai bertiup lembut memukul tubuhnya. Namun,deras air matanya masih tetap utuh walaupun sudah lama dia menapak di situ. Kata-kata Henry tadi amat menyakitkan hatinya. Terasa seperti di gores-gores dengan pisau yang tajam dan berbisa. Apa salah dia? Dia hanya ingin membantu Henry untuk menikmati hidup yang lebih bermakna di luar sana. Tetapi, inikah yang dibalas Henry untuknya? Susu dibalas tuba. Sesekali najiha mengesat pipinya yang basah. Teringat kembali kejadian antara dia dan Henry setelah Amani berlalu pergi.“Henry! Kenapa kau layan customer macam tu?” Tanya Najiha sambil menghampiri Henry yang sedang membelai merpatinya di dalam pelukan.Henry diam membisu melayani merpatinya. Najiha menghela nafas kasar.“Kalau pun sebab aku,kau nak marah…jangan jadikan customer sebagai mangsa. Itu tak elok tahu tak?” tegur Najiha lagi.Henry tetap diam.“okay, fine! Aku tahu aku salah sebab paksa kau terima tawaran ayah aku. Aku akui. Tapi kau tahukan kami buat semua ini sebab kami pihatin dan sayangkan kau. Ayah aku tu nak kau dapatkan kerja yang lebih bagus tahu tak? ” “Apa yang teruk pasal kerja aku ini? Hina sangat ke hah?” Tanya Henry dengan mata yang merah.“tak ada apa yang salah pasal kerja kau ini. Cuma…”Henry pantas memotong.“Cuma apa? Cuma kamu semua malu sebab aku kerja macam ini? Sebab aku ini tak kerja hebat-hebat macam yang ibu bapa kau harapkan. Macam itu?”“tak, Henry..tak terdetik pun dalam hati kami fikir sampai macam itu sekali. Cuma, ayah tak nak kau bazirkan ijazah yang kau dah dapat itu. ” terang Najiha cuba membetulkan persepsi Henry terhadap keluarganya.Henry merenung tajam kearah Najiha. “Aku tahu nak uruskan hidup aku. Kau tak payah nak sibuk-sibuk boleh tak?”Najiha terkedu dengan pertanyaan Henry. Tidak pernah dia mendengar soalan ini yang keluar dari mulut Henry selama ini.“aku..aku minta maaf.” Suara Najiha kedengaran serak. Dia cuba menahan sebak.Henry memandang kearah lain. Najiha menarik nafas cuba menahan tangis. Tubir matanya bergenang.“maafkan aku sebab mengganggu kau selama ini…”Najiha terus beredar meninggalkan Henry. Dia mendapatkan keretanya dan terus memecut laju sambil teresak-esak menangis.Najiha bangun dari dudukan. Air matanya sudah kering. Siang juga semakin beredar pergi. Dia harus balik sekarang. Dia berjalan di gigi pantai sambil memegang sepasang sepatunya.Sampai sahaja di rumah, najiha mengatur langkah ke biliknya tanpa menghiraukan ayahnya yang sedang duduk sambil menonton televisyen. Wajahnya kusam. Datuk Kamal melihat Najiha dengan dahi yang berkerut.“Najiha…” panggil Datuk Kamal.Langkah Najiha terhenti pada anak tangga yang pertama. Dia menoleh kearah ayahnya. “ada apa Ayah?”“mari sini sekejap.”Najiha menuruti kehendak ayahnya. Dia duduk bertentangan dengan ayanhnya.“ada apa ayah?” Tanya Najiha sekali lagi.“kenapa muka monyot je ni? Ada masalah ke?”Najiha menggeleng lembut.“Kalau tak ada…kenapa muka macam ini?”Najiha diam. Dia tidak boleh menipu ayahnya kerana ayahnya sudah masak dengan perangainya.“ummi mana?” Tanya Najiha cuba menukar topik.Datuk Kamal tersenyum. Dia tahu Najiha cuba melarikan diri daripada terus ditanya.“ummi ada dalam bilik tu…”Najiha mengangguk berkali-kali.“kalau macam itu, Najiha masuk bilik dulu. Nak mandi. Dah sehari suntuk tak mandi.” Pinta Najiha sambil tersengih. Datuk Kamal tersenyum lagi.“baiklah..”Ringkas jawapan yang diberikan. Najiha terus ke biliknya ditingkat atas. Alangkah terkejut dirinya apabila terlihat berpuluh-puluh belon berwarna warni sedang menghiasi biliknya. Juga kad hari jadi yang tergantung di dinding biliknya. Hari jadi? Najiha keliru. Dia terus mendapatkan calendar untuk mengetahui tarikh hari ini. Dia sudah terlupa. 12 januari….. hah! Birthday aku! Tapi siapa yang buat semua ini? Tanya benaknya.Najiha berlari laju menuruni tangga. Fatimma dan Datuk Kamal sedang tersenyum kearahnya. Najiha menghampiri dengan penuh persoalan.“ummi dan Ayah ke yang buat semua ini?”Mereka menggeleng dengan senyuman. Fatimma menunjukkan jarinya kearah belakang Najiha. Najiha memusing ke belakang. Terkejut dan juga bahagia. Itu yang dirasakan apabila melihat Henry berada di hadapannya sambil memegang sebuah kek. Henry menghampirinya.“Henry?” “maafkan aku, jiha. Sebenarnya ini semua rancangan mak cik. Dia yang suruh aku cakap semua itu kat kau. Katanya nak kenakan kau. Aku ikut je.” Terang Henry.“eh, apa pula salah mak cik. Henry yang melebih-lebih. Mak cik suruh sikit-sikit je.”Bidas Fatimma pula lalu ketawa. Datuk Kamal hanya ketawa.“Jadi…siang tadi…”Henry mengangguk.“sebenarnya..pak cik dah lama beritahu aku pasal tawaran kerja tu.”“oh..jadi, ayah pun berkomplot lah ni..” ujar Najiha memandang ayahnya.“Ayah tak salah. Ini semua rancangan Ummi awak” bela Datuk Kamal.Fatimma mencubit pinggang Datuk Kamal.“pandai abang nak salahkan saya ye…” fatimma bersuara geram.Najiha tertawa girang. Segala kesedihan yang dirasai hari ini lenyap begitu saja.“jadi… kau terima tak tawaran ayah aku?” soal Najiha kepada Henry.“mestilah terima..ini kan peluang keemasan untuk aku.” Ujar Henry membuahkan senyuman di bibir Najiha lagi.“lagipun..aku nak buat percubaan dulu. Aku akan kerja selama 3 bulan. Kalau lepas 3 bulan aku rasa kerja itu sesuai,aku teruskan. Kalau tak, aku lupakan.” Tambah Henry lagi.Najiha riang kembali. Ternyata hari ini Henry hanya berlakon untuk mengenakannya. Berkomplot pula bersama kedua ibu bapanya. Henry memang pandai berlakon. Kalau sesiapa yang terkena lakonannya,boleh percaya seratus peratus. Najiha ketawa geli hati. Siapalah yang terkena dengan lakonannya hari ini.. tiba-tiba Najiha teringat seseorang. Amani! Wanita itu telah di marahi dan diherdik oleh Henry hari ini.“Henry…kau ingat tak wanita yang datang ke kedai kita hari ini?” “ingat…kenapa?”“kenapa? Kau tak ingat apa yang kau dah buat pada dia?”“oh..biarlah dia. Lagipun..memang salah dia sebab dah buat kacau kat kedai aku.”“tapi kau tak patut layan dia macam itu.”“sudahlah Jiha. Mari kita potong kek ni. Tak payah nak fikir benda lain.” Ajak Henry lalu pergi ke meja tengah. Fatimma dan Datuk Kamal mengekori sambil tersenyum manis.Najiha menggeleng. Memang Henry ini tak mudah nak mengaku salah. Itulah keegoan dia. Sampai bila dia nak bersikap ego seperti ini? Hanya Allah yang tahu.“AMANI!!! Jangan pergi jauh sangat ye…” jerit Puan Latifah yang sedang duduk bersantai bersama Dato’ Johan di pantai Langkawi kepada Amani yang berjalan-jalan di gigi air.Amani menoleh dan mengangguk. Dia meneruskan langkahnya. Angin pantai di waktu petang memang sangat menyegarkan. Walaupun mereka baru beberapa jam tiba di sini namun kepenatan mereka sedikit hilang apabila menghirup angin pantai yang segar begini.Semakin lama Amani semakin menghilang dari pandangan ibu bapanya. Ramai pelancong yang sedang mandi. Amani hanya memerhatikan mereka. Amani melihat kulit cengkerang yang ada di tepi kakinya. Cantik. Amani mengambil lalu membasuhnya. Amani keseorangan. Dia cuba menghiburkan hatinya.Amani mengambil seranting kayu dan menguis kulit cengkerang itu sehingga terlompat. Semakin lama kulit cengkerang itu semakin menjauh dan Amani terus menguisnya. Tanpa sengaja, kulit cengkerang itu terlompat dan terkena pada wajah seorang pemuda. Amani terkejut. Dia terus menghampiri pemuda yang berwajah barat itu. Mungkin pelancong luar negara. Bisik hati Amani.“I’m sorry. I do not mean throwing the shells on your face. I’m really sorry.”Pemuda itu membuka kaca matanya. Amani terpaku. Henry! Ya,pemuda itu adalah Henry. Ya allah..kenapa nasib aku malang sangat berjumpa dengan mamat ni.“awak lagi…” henry bernada mengeluh.“kenapa awak asyik nak timbulkan masalah? Saya kat sana awak ada. Kat sini pun awak ada. Kenapa awak ada masa saya nak relax? Merosakkan mood betullah..”“awak jangan ingat saya nak sangat ada dekat awak. Saya pun tak tahu yang awak ada kat sini. Kalau saya tahu..saya pasti tak akan datang sini.” Amani tidak mahu mengalah.“kenapa setiap kali jumpa awak mesti mood saya hilang? Awak ni memang perosak mood saya tahu tak?”Amani mengetap gigi. Geram dengan sikap Henry.“mood awak itu memang tak pernah nak elok. Kalau saya ada ke,tak ada ke, awak tetap bad mood tahu tak? So, jangan nak salahkan saya. Awak sendiri yang tak pandai nak kawal mood awak itu.”“ewah..ewah..awak pandai nak salahkan saya semula ye? Awak itu yang dah buat perkara yang saya tak suka. Perkara yang boleh merosakkan mood saya. Jadi, ia sememangnya salah awak. Faham?”“eh, mana saya tahu saya dah buat perkara yang awak tak suka. Awak itu yang sensitive sangat. Kalau orang lain, mesti mereka okay aje. ”“awak ingat orang lain akan okay bila mereka tengah asyik merehatkan minda dan tiba-tiba ada kulit cengkerang dilemparkan ke muka mereka. Awak ingat mereka tak akan hilang mood ke?”Amani diam. Mulutnya terkunci. Dia menunduk malu.“hisy…menyesal pun ada datang ke sini.” Tambah Henry lagi.“saya minta maaf. Saya dah salah.” Ujar Amani dengan nada sedih.“hah…tahu pun nak minta maaf.” Henry masih memandang Amani. Matanya tak lepas dari wajah mulus Amani. Dia sengaja berkasar dengan Amani kerana dia tidak mahu menunjukkan gelora jiwanya saat itu. Sebenarnya dia ingin memohon maaf terhadap Amani sebelum ini. Namun,rasa malunya terlalu tebal.Najiha menghampiri dari jauh. Amani dan Henry masih tidak menyedari kehadiran Najiha.“eh, Amani! Apa khabar?” tegur Najiha setelah mengecam gadis itu adalah Amani.“Najiha…awak pun ada kat sini?”“ya…saya datang bercuti kat sini? Awak?”“saya pun bercuti.”Henry berlalu pergi dengan wajah bosan. Amani memuncungkan bibirnya. Meluat dengan wajah dan juga sikap henry walaupun baru 2 kali bertemu.“mari jalan-jalan sambil berborak. Dah lama saya nak jumpa awak tahu. Cuma saya sibuk sangat kebelakangan ni.”Mereka memulakan langkah beriringan.“sibuk dengan kedai haiwan henry tu ke?”“tak adalah. Saya sibuk dengan si Henry tu. Dia dah tukar kerja. Dia minta saya teman dia selama beberapa hari kat tempat dia kerja.”“oh,ye ke? Dia kerja apa? Macam mana dengan kedai haiwan tu?”“dia jadi manager kat resort ayah saya. Kedai haiwan tu saya yang uruskan untuk sementara waktu. Kalau dia tetap dengan kerja ini,kedai itu akan dijual.”“manager resort ayah awak?ayah awak ada resort kat langkawi? Apa nama resort tu?”“Rebak Island Resort.”“oh,itu resort yang family saya stay. Hebat ayah awak kan..resort tu bagus sangat.”“jangan puji sangat.” Najiha tersenyum bangga.“Henry dah start kerja dah?”“dah. Semalam. Kenapa?”Amani tersenyum sumbing. Seolah-olah telah tumbuh dua tanduk di kepalanya. Idea untuk mengenakan mamat sombong tu! Hatinya ketawa jahat.hahaha…“mana manager awak? Saya nak jumpa dia sekarang!” jerit Amani kepada seorang pelayan lelaki resort. “maafkan saya cik..saya tak tak tahu.” Suara lelaki itu berketar.“saya tak kisah. Yang saya nak sekarang ini,panggil manager awak jumpa dengan saya sekarang!”Pelayan lelaki dalam lingkungan 18 tahun itu terkebil-kebil. Rasa takut menyelubunginya.Henry menghampiri mereka setelah di panggil oleh seorang pekerja.“ada apa masalah ni?” Tanya Henry. Amani menoleh kearah Henry.“awak lagi?” soal Henry terkejut.“awak ini kenapa? Saya nak jumpa manager resort ini,bukan awak.”“sayalah manager resort ini sekarang. Ada apa masalah cik?”Henry berbudi bahasa dengan Amani hanya atas dasar kerja. Ramai pekerja di bawahnya. Dia harus menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.“awak manager? Patutlah…..” nada suara Amani seakan menyindir.“apa maksud cik?”“awak tengok apa yang ada dalam sup saya ini?”Amani menunjukkan seekor lipas yang ada di dalam supnya. Henry meneliti sup itu.“awak nak saya makan makanan yang kotor macam ini?” soal Amani dengan lantang.Semua yang berada di situ mendengar. Seorang wanita yang bertubuh agak gemuk menghampiri Amani dan melihat sup itu.“eeeeiii…ada lipas!!!” wanita itu menjerit dengan kuat. Habis kecoh satu restoran. Semua orang memuntahkan semula makanan yang sudah dimakan. Datuk-datuk dan Datin-datin lari meninggalkan restoran itu. Amani terkejut dengan apa yang berlaku. Dia terdiam kaku. Henry cuba menenangkan semua orang namun tidak berhasil. Henry menghampiri Amani.“you look what you’ve done?” Tanya Henry kepada Amani.“I’m sorry. I didn’t mean to….”Henry pantas memotong kata-kata Amani dengan lantang.“this is all your fault!”Amani mengetap bibir. Geram dengan Henry.“salah saya? Kenapa salah saya? Awak yang tak pandai nak uruskan resort ini dan awak nak salahkan saya? Menyampah tengok muka awak tahu?!” Amani mendengus kasar.Henry diam. Dia sedar bahawa ini kesilapan yang di lakukan oleh pihak dia. Amani pula yang menjadi mangsa untuk melepaskan tekanan. Henry tidak pernah menghadapi situasi sekarang ini. Tekanannya bertimbun-timbun.Henry malu untuk meminta maaf kepada perempuan ini. Biarpun dia sedar itu kesilapnnya. Egonya masih belum menipis.“tapi kalau awak tak jerit macam tu, mereka semua takkan panic macam ini.”“wow!! Awak ini memang jahat lah. Tak nak mengaku salah.”“dah memang bukan salah saya pun. Kenapa saya nak mengaku pula?”Amani melopong. Sukar untuk berdepan dengan manusia bernama Henry ini. Dia mencebik geram. Pantas kakinya menyepak betis Henry menggunakan kasut tumit yang keras. Memang sakit. Henry mengaduh kesakitan. Amani lari meninggalkan Henry dengan segera.Siap kau nanti perempuan! Berani kau sepak aku. Jaga kau. Ujar Henry di dalam hati.Amani meluru ke tandas dengan gopoh gapah. Hatinya berdegup kencang. Takut-takut Henry mengekorinya. Amani menghembus nafas lega setelah berada di dalam tandas.Najiha menghampiri Amani yang sedang melihat cermin tandas.“Amani…” panggil Najiha dengan lembut.Amani menoleh. Debarannya sudah beransur hilang.“apa yang terjadi? Kenapa kecoh sangat kat luar itu?” Tanya Najiha.Amani menarik nafas dalam.“sebenarnya, ada lipas mati dalam sup saya. Lepas itu,saya panggil manager dan adukan pada dia.”“henry?”Amani mengangguk.“tapi ada seorang pelanggan mendekati kami dan melihat ke dalam sup saya. Dia yang meyebabkan kekecohann ini tahu? Tapi Henry menuduh saya yang bersalah pula.”Najiha mengelus lembut bahu Amani. Kasihan melihat layanan yang diterima Amani dari Henry.“sabarlah,Amani. Nanti,biar saya yang bercakap dengan Henry.”Amani tersenyum manis. Lega dengan pujukan Najiha.“kalau macam tu,saya keluar dulu. Nak tengok keadaan kat luar sana.”Amani mengangguk. Najiha terus keluar meninggalkan Amani.Amani melihat dirinya di dalam cermin kembali. Teringat semula rahsia di sebalik kekecohan ini.Setelah Pelayan itu menghidangkan sup,Amani memasukkan seekor lipas yang mati ke dalam sup tersebut. Rancangannya hanya untuk mendengar perkataan maaf dari mulut Henry namun sebaliknya yang terjadi. Menyesal pun ada sekarang ini.Kekocahan malam tadi Berjaya ditamatkan secara aman. Mujur pelanggan mempercayai semula kepakaran mereka di dalam bidang ini. Lagi pula, kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap. Jadi,tidak sukar untuk meyakinkan mereka semula.Henry menghentikan kerjanya. Pen itu diletakkan semula di dalam kotak. Fikirannya celaru memikirkan paksaan Najiha semalam. Arghhhh!!! Kenapa kepala aku kena pening fikir pasal perempuan itu? Kata hati Henry.Semalam, Najiha menyuruh Henry meminta maaf kepada Amani atas sikap tidak sopannya terhadap gadis itu. Pada mulanya Henry menolak. Manakan dia mahu meminta maaf kepada seorang perempuan? Jatuh harga dirinya. Namun, setelah dipaksa dan dipaksa Najiha, Henry terpaksa akur. Meminta maaf kepada gadis yang bernama Amani!Tepat jam 10 pagi. Amani sudah menunggu di lobi resort. Setelah di beritahu oleh Najiha bahawa Henry akan meminta maaf kepadanya pagi ini, dia terus bersiap awal. Tidak sabar untuk mendengar ucapan maaf dari seorang lelaki yang ego seperti Henry. Hatinya tertawa riang.“Amani…saya minta maaf kepada awak. Saya sedar selama ini saya dah banyak berkasar dengan awak. Saya tahu saya jahat dengan awak.” Ucap Henry dengan nada yang sedih. Rasa bersalah menyengat hatinya. Amani ketawa kuat. Hatinya puas mendengar ucapan maaf Henry.Amani menghabiskan sisa tawanya. Dia memandang wajah bersalah Henry.“awak ingat dengan mudah saya nak maafkan awak? Awak ingat setelah semua layanan yang saya terima dari awak, maaf dapat menyelesaikan semuanya?”“habis tu..apa yang patut saya lakukan untuk awak maafkan saya?”Amani memandang Henry dengan jarak yang semakin dekat.“awak mesti dikenakan hukuman dulu. Baru semuanya selesai. Faham?”Henry mengangguk laju. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk meminta maaf.“saya nak buat ketuk ketampi sebanyak seratus kali. Disini.”Henry terkejut. Dia memandang di sekeliling. Ramai orang yang sedang memerhatikan mereka. Malunya… adu Henry di dalam hati.“disini? Ditengah-tengah lobi ini?” Tanya Henry mengulang arahan Amani.“awak nak saya maafkan awak tak?”“nak..nak..” jawab Henry laju.“kalau macam tu..buat sekarang. Cepat!” gertak Amani. Henry terus melakukan arahan Amani. Amani ketawa kuat. Hatinya puas. Sekarang ini, henry telah mengalah dengannya. Memang ini yang ingin dilakukan terhadap Henry. Biar padan muka dia. Amani ketawa dengan kuat lagi tanpa menghiraukan orang yang sedang memandangnya.“oi…apasal awak ketawa sorang-sorang kat lobi ni? Tak malu ke orang pandang?”Ketawa Amani terhenti. Henry sedang berdiri memandangnya dengan wajah yang kelat. Amani memandang di sekeliling. Semua orang sedang memerhatikannya. Dia tersedar. Sebentar tadi dia hanya berangan. Aduh…malunya.Henry yang reality sedang berada dihadapnnya. Amani pantas bertindak kealam nyata. Dia menghela nafas tenang walaupun hatinya sangat malu saat ini.“kita berborak kat tempat lain.” Arah Henry lalu berlalu pergi dengan laju. Amani menunduk malu. Berkelakuan tidak siuman di hadapan Henry pada pagi macam ni bukanlah suatu perkara yang indah. Amani membuntuti Henry dengan perasaan malu.Sampai sahaja di pantai, mereka terus berdiri bersama-sama menghadap pantai yang cantik. Masing-masing diam cuba mencari cara untuk memulakan perbualan. Henry menghembus nafas panjang.“saya tak nak tanya kenapa awak ketawa seorang diri kat lobi tu macam orang kurang siuman tapi saya nak awak terus terang dengan saya tentang satu perkara.” Tegas sahaja kedengaran suara Henry.Amani mengerutkan dahinya. Bukan ke dia nak minta maaf? Kenapa cara dia nak minta maaf pelik sangat?“awak nak saya terus terang pasal apa?”“pasal kejadian malam tadi. Pasal lipas tu….”Amani berlagak biasa. Seolah-olah tidak tahu menahu pasal kejadian itu.“kenapa dengan lipas itu? Hah, beracun ke?’ tanya amani lurus.“saya nak awak mengaku yang awak ada kaitan dengan lipas tu.”“eh,apasal pula saya nak mengaku? Bukan salah saya. Awak jangan ingat saya sengaja masukkan lipas tu dalam sup tahu.”“saya tak tuduh awak. Tapi saya tahu awak sengaja masukkan lipas tu.”Amani melopong lagi. Terasa panah menusuk jantungnya dan membiarkan dia hidup menanggung sakitnya panahan itu.“awak tuduh saya? Saya yang masukkan lipas tu dalam sup?”Henry mengangguk biasa.“apa bukti awak ada? Kalau awak ada bukti,tunjukkan pada saya.” Cabar Amani.“awak tak menyesal minta bukti?”“kenapa saya nak menyesal?”“awak ingat kat restoran kami tak ada cctv ke?”Amani terkedu. Dia lupa pasal itu. Cctv. Aduh….mampus aku.“kenapa diam? Takut dah?” perli Henry.Amani tetap membisu.“lain kali jangan nak cari pasal dengan saya. Tak ada sesiapa yang tahu pasal ni lagi. Saya lepaskan awak kali ini. Awak selamat. Tapi kalau awak ganggu saya lagi,saya takkan lepaskan awak. Faham?”Amani terkebil-kebil. Hatinya berdegup kencang. Henry meninggalkan Amani keseorangan. Dari jauh seorang pemuda memerhatikan mereka. Pemuda itulah pelayan yang dimarahi Amani semalam.Amani tersedar. Dia mempunyai satu lagi rancangan. Dia tidak mahu dimalukan henry begitu saja. Amani mengekori Henry yang sedang berjalan memasuki lobi.“tidak!!!!” jerit Amani sekuat hati mematikan langkah Henry di tengah lobi. Amani berdiri di pintu lobi sambil menghulurkan tangan kearah Henry dengan wajah yang sedih. Henry terpinga-pinga. Apa yang Amani cuba lakukan ni?“jangan tinggalkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Jangan!!” ujar Amani lalu menangis teresak-esak. Air mata tidak keluar. Dia hanya menutup wajahnya. Semakin lama semakin kuat tangisan palsu Amani. Perlahan-lahan Amani terduduk di lantai.“saya tahu saya tak pernah bahagiakn awak. Tapi,saya dah cuba untuk buat kita bahagia. Saya tak pernah lupakan awak. Tapi awak dah lupakan saya bila dapat kerja yang bagus dan hidup yang mewah. Sampai hati awak..” tambah Amani dengan tangisan yang semakin kuat.Semua orang yang berada di situ memandang Henry dengan pandangan benci. Pekerja-pekerja di situ berceloteh sesame mereka sambil memandang Henry. Pasangan tua yang berada di situ mendekati Henry.“kau ni lelaki tak guna!” wanita tua itu memarahi Henry lalu memukul kepala Henry dengan handbagnya. Henry mengurut-ngurut kepalanya yang sakit. Amani tersenyum puas sambil menutup muka.“tak guna punya lelaki! Memalukan kaum lelaki betul lah…” marah suami wanita itu pula. Dia memukul-mukul badan Henry dengan tangan pula.“sudahlah,sayang. Jangan dekat dengan manusia macam ini. Keji!” marah wanita itu lalu menarik tangan suaminya dan beredar pergi.“saya..saya…” henry cuba membela dirinya. Namun,tiada yang mempercayainya.Henry menghela nafas panjang. Dia tahu Amani cuba mempermainkannya. Okay..kalau kau nak bermain dengan api, aku akan tolong kau Amani..Henry mendekati Amani dan membangunkannya. Amani terkejut dengan reaksi Henry. Dia ketakutan. Mata Henry penuh dengan perasaan marah. Semua yang berada disitu memandang adegan mereka tanpa berkelip.“a…ap…apa awak..nak buat?” tanya Amani gementar.Henry diam. Hanya merenung jauh Kedalam mata Amani.“sayang!!! Kenapa awak cakap macam tu?” tiba-tiba Henry bersuara riang. Amani membuntangkan mata mendengar panggilannya. Sayang?“saya tak pernah tinggalkan awak tahu. Saya sentiasa ingat awak.” Tambah Henry.“apa?” soal Amani terkejut.“kenapa awak ni selalu sangat lupa? Bukan ke peristiwa tu dah lama berlaku?”“peri..peristiwa?”“awak dah makan ubat?”“ubat?”“awak jangan lupa makan ubat. Nanti awak akan jadi macam ni lagi. Cepat lupa.awak kan menghidapi Alzheimer. Ubat dan kimoterapi tu penting tahu tak?”“al..alzheimer?”“awak memang takkan ingat yang awak dah gugurkan kandungan awak sebanyak dua kali sebab awak ingat awak semakin gemuk. Tapi, saya takkan biarkan perkara itu berlaku. ”“apa? Awak….”“okaylah…saya nak sambung kerja. Awak bersiar-siarlah di sini dulu ye.” Pesan Henry dengan lembut.Kedua-dua pasangan tua mendekati Henry semula.“anak muda…mulia sungguh hati kamu.” Wanita itu memuji Henry.“kau dah banggakan kaum lelaki anak muda.” Suami wanita itu pula memuji.“wah…encik Henry memang baik. Beruntung kita jadi bos dia.” Puji seorang pekerja perempuan pula kepada rakannya.“maafkan kami sebab dah berkasar dengan awak tadi. Kami salah sangka dengan awak.” Maaf wanita tua itu dengan senyuman yang manis.“tak mengapa. Saya sudah biasa. Menjaga seorang yang mempunyai penyakit seperti ini memerlukan sabar yang kuat. Saya tak kisah, asalkan dia cepat sembuh.” Ujar Henry lembut. Amani hanya diam. Terkejut dengan tindakan Henry untuk melarikan diri.“kalau macam tu,saya nak sambung kerja dulu boleh?” pinta Henry.“saya nak temankan isteri awak boleh?” wanita tua itu meminta izin.Henry tersenyum manis. Dia mengangguk perlahan.Isteri? Beraninya dia mengaku aku isteri dia. Ujar Amani dalam hati.“kalau macam tu,tolong tengokkan isteri saya ye puan? Saya sibuk sikit.”“baiklah..jangan awak risau.”Henry tertawa kecil. Dia meninggalkan Amani bersama dengan pasangan tua itu. Berani kau kenakan aku semula. Siap kau! Marah Amani didalam hati.“dah berapa lama anak ni kena penyakit tu?” tanya wanita itu.Amani memandangnya. Dihela nafas agar tenang menghadapi pasangan ini. Henry sudah meninggalkan dia bersama mereka. Tambah teruk,pada pandangan mereka Amani mempunyai penyakit. Dan ini semua salah Henry!!!(bersambung....)*Alzheimer: Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti*Stress*Banyakberfikir* Kenangan @ kehilangan
0 comments:
Post a Comment