• Bab 3 MAAF DAN RINDU BERTAUT ERAT

    Henry menghentikan kerjanya. Dia tersenyum sendirian. Teringat semula riak wajah Amani apabila dikenakan semula olehnya. Apa yang perempuan itu sedang buat sekarang ini? Melayan pasangan tua itukah? Hatinya ketawa geli membayangkan situasi Amani sekarang ini.
    Pintu di kuak perlahan dari luar. Kelihatan wajah Najiha terjongol di muka pintu dengan senyuman. Henry memandangnya biasa. Najiha mengatur langkah ke meja Henry dan duduk menghadapnya.
    “ada apa? Kenapa senyum macam tu?” tanya Henry.
    Najiha masih tersenyum simpul.
    Henry meneruskan kerjanya semula.
    “betul ke apa yang aku dengar dari pekerja-pekerja tentang kau dan Amani? Kenapa kau cakap macam tu?”
    Henry malas melayan soalan Najiha. Dibiarkan soalan itu dengan membisu.
    “Henry…aku tanya ni. Jawablah!” desak Najiha.
    Henry meletakkan pen itu semula diatas meja. Direnung wajah Najiha dengan reaksi yang biasa. Dia tidak mahu Najiha mengesyaki apa yang sedang bergolak di fikirannya.
    “aku sengaja kenakan dia. Siapa suruh dia menjerit macam tu? Aku tak ada pilihan selain buat alasan macam ni.so, what? Biarkan je la dia tu. Saja nak cari pasal dengan aku. Baru padan muka dia. Biar dia tahu siapa Ahmad Henry bin Johan!” Henry dengan riak melontarkan jawapan.
    Najiha diam. Cuba mencari jawapan yang sebenar di sebalik getaran suara Henry. Seperti tidak benar apa yang dikatakan Henry sebentar tadi.
    “kenapa?” tanya Henry setelah Najiha diam agak lama.
    “aku rasa macam kau sembunyikan sesuatu dari aku. Biasanya kau takkan sebongkak ni memberikan jawapan kepada aku. Tapi…macam ada sesuatu yang kau sembunyikan. Apa dia? Ceritalah. Biar aku tahu.” Paksa Najiha lagi.
    “eh,sudahlah! Mengarut aje kau ni. Pergilah tempat lain, aku sibuk ni.” Halau Henry.
    Najiha mengikut kemahuan Henry. Dia melangkah pergi tanpa sepatah bicara.
    Henry mengelamun jauh setelah itu. Teringat kembali wajah terkejut Amani tadi. Dia tersenyum sendirian lagi.
    Tuk tuk!!
    Bunyi pintu diketuk dari luar.
    “masuk..” arah Henry sambil menyimpan semula kerjanya kedalam fail untuk disiapkan nanti. Sekarang ini sudah tengah hari. Dia mahu lunch sekejap.
    Pintu dikuak perlahan dan kelihatan seorang pemuda melangkah masuk dengan terenyum manis.
    “ada apa?” tanya Henry tanpa berlengah.
    Pemuda itu tersengih. Berat betul mulutnya untuk bercakap. Henry mengerutkan dahinya. Hairan.
    Henry cuba mengingati wajah pemuda itu. Akhirnya, dia ingat. Pemuda itulah pelayan restoran yang dimarahi Amani semalam. Dia tak sempat berjumpa dengan pemuda itu pun untuk bercakap dengannya.
    “awak ni…yang kena marah dengan customer perempuan yang buat kecoh itu kan?” duga Henry.
    “ya, saya.”
    “apa yang awak nak?”
    Pemuda itu diam sekejap. Hanya tersengih je macam kerang busuk. Tapi mulut dia tak busuk tau. Ini hanya perumpaan.
    “cepat cakap. Saya ada banyak kerja dan Saya nak pergi lunch pula ni.” Paksa Henry setelah pemuda itu diam agak lama.
    “saya Rizal.” Pemuda itu memperkenalkan dirinya.
    “ya, Rizal. Ada apa?”
    “saya nak tanya encik Henry satu perkara boleh? Saya harap encik Henry jangan marah.”
    “Insyaallah..saya takkan marah.”
    “betul ke Amani itu isteri encik Henry?”
    “kenapa awak tanya?”
    Rizal diam. Cuba mencari jawapan agar rahsianya tidak terbongkar.
    “sebab..cara encik layan dia semalam tak macam isteri pun.”
    Henry tersenyum. Dia tidak berprasangka buruk terhadap Rizal. Pasti Rizal jadi pelik atas layanan aku terhadap Amani semalam. Yalah, semalam aku berkasar dengannya, hari ini aku beritahu dia tu isteri aku. Mana taknya si Rizal ni jadi pelik. Kata hati Henry.
    “berdasarkan apa yang awak tengok semalam, awak rasa kami suami isteri tak?” soal Henry dengan senyuman. Rizal menggeleng laju.
    “jadi..apa kesimpulannya? Takkan saya nak layan isteri saya macam tu depan orang ramai kan?”
    Rizal tersenyum lebar. Hatinya berbunga riang. Pelbagai jenis bunga tumbuh di dalam hatinya. Ada bunga mawar, bunga kekwa, bunga daisy, lavender….eh, aku sudah melalut. Okay, back to the story.
    Rizal beredar pergi setelah mengucapkan terima kasih kepada Henry dengan selebar senyuman. Henry terus keluar menuju ke restoran untuk lunch namun langkahnya terhenti setelah dipanggil seorang pekerja wanita. Dia diberitahu untuk ke halaman utama resort kerana seseorang ingin berjumpa dengannya. Urgent katanya.
    Langkah Henry terhenti setelah melihat Amani tersenyum kearahnya. Amani memanggil-manggil Henry.
    “ada apa?” tanya Henry dengan wajah bosan.
    Amani mencebik geram. Sombong dan dingin. Itulah tanggapan Amani kepada Henry.
    “awak ni… isteri nak berjumpa pun tak boleh.” Gurau Amani.
    “awak jangan perasan sangat. Saya cakap macam tu sebab nak selamatkan diri saya. Kalau tak, tak ingin saya cakap macam tu. Siapa suruh awak cari pasal dengan saya?”
    Amani terseyum manis. Bergetar hati Henry melihatnya. Cantik sungguh senyumannya.
    “ke..kenapa awak..senyum macam tu?” tanya Henry gugup.
    “kenapa? Adakah awak sudah terpesona dengan kecantikan saya ni?” seloroh Amani.
    “huh, tak mungkin terpikat. Senyuman yang menakutkan. Dah tak siuman agaknya. Pagi tadi ketawa seorang-seorang, sekarang ni senyum macam kerang busuk je. Lebih busuk dari kerang busuk tahu?”
    Amani geram lagi. Dia mengetap bibir. Memang rasa malu tentang kelakuannya pagi itu sangat tebal. Sukar dia melupakannya.
    “dahlah..saya ada banyak kerja ni. Saya pergi dulu.” Ujar Henry lalu pergi tanpa memandang sekilas pun pada Amani. Tak sangka. Terkejut. Itulah yang dirasakan Amani apabila dia ditinggalkan Henry lagi dengan penuh sombong. Amani betul-betul geram. Dia melemparkan kasut tumitnya walaupun Henry sudah menghilang dari pandangan. Saja nak lepaskan stress walaupun tuan badan tu tak ada. Membazir tenaga pun ada juga.

    “AMANI nak biarkan papa dan mama bersama. Biar romantic sikit. Asyik ada Amani aje. Nanti mama nak bermanja dengan papa macam mana?” ujar Amani kepada Dato’ Johan melalui telefon.
    Tiba-tiba kelihatan Amani ketawa seorang diri seperti ada perkara lucu yang dikatakan papanya. Pasangan tua itu hanya memandang Amani dengan senyuman. Mereka masih tidak tahu bahawa Henry dan Amani bukanlah pasangan suami isteri.
    “baiklah, papa. Selamat bermesra.” Usik Amani lalu ketawa riang.
    Amani memberi alasan kepada papanya agar dia boleh mengenakan Henry lagi. Sekarang ini, dia mempunyai lagi rancangan. Henry pasti akan meminta maaf kepadanya. Hanya tujuan itu yang utama. ucapan maaf dari Henry.
    Selesai bercakap dengan papanya, Amani melangkah mendekati pasangan tua yang bahagia itu. Mereka duduk bersama di bangku menghadap pantai.
    “pak cik Sam dan Mak cik jolie dah lunch?” tanya Amani.
    Wanita tua itu bernama juliah manakala suaminya bernama syamsul. Nama moden mereka Jolie and Sam. Ala-ala barat gitu..
    “kami dah lunch tadi. Amani?” tanya Mak cik Jolie
    “saya belum lagi. Suami saya sibuk sangat. Saya tak ada selera nak makan.” Bohong Amani.
    “apa? Takkan sibuk sampai tak ingat kat isteri? Tak boleh jadi ni. Kita kena buat sesuatu bang…” ujar Mak cik Jolie sambil memandang suaminya. Pak cik Sam hanya mengangguk.
    “tak apa. Nanti kami cakap dengan suami awak ye. Amani jangan risau.” Tenang Mak cik Jolie. Amani tersenyum puas. Rancangannya menjadi.


    ANGIN pantai meniup lembut wajahnya. Dia menghadap laut yang luas dan tenang. Menunggu Henry tiba untuk menemuinya. Mak cik Jolie dan Pak cik Sam telah berjumpa dengan Henry. Sekarang, rancangannya akan diteruskan lagi.
    Beberapa ketika kemudian, Henry tiba dengan muka yamg mencuka. Amani hanya tersenyum.
    Henry menoleh ke belakang. Kelihatan Mak cik Jolie dan Pak cik Sam memerhatikan mereka dari jauh. Dihembus nafas panjang. Dipandang Amani semula. Dia tahu, ini mesti rancangan Amani lagi.
    “awak ni kenapa? Selalu sangat ganggu saya.” Tanya Henry.
    “saja…siapa suruh awak cakap isteri awak? saya gunalah kesempatan ini.”
    “awak ni memang licik. Tapi,saya takkan mengalah.”
    Amani ketawa kecil.
    “saya tahu. Sebab tu saya suka buat awak marah. Saya nak tundukkan ego awak tu.” Ujar Amani penuh yakin.
    “takkan semudah itu.”
    “kita tengok nanti. saya ada pasangan tua tu untuk tolong saya.”
    Amani ketawa lagi. Henry menjeling geram.
    “apa yang awak nak saya buat?” tanya Henry.
    Amani menghabiskan sisa tawanya.
    “saya nak awak temankan saya hari ini. Kalau awak tak nak,saya minta tolong pasangan tu. Awak tak nak mereka masuk campur kan?”
    Henry menjeling lagi. Amani tersenyum mengejek. Henry sudah masuk perangkap dia.
    “okay, follow me!” arah Amani lalu mengatur langkah pergi ke jeti. Henry mengekori.
    Sampai sahaja di jeti, Amani menaiki sebuah bot sederhana besar. Henry mengerutkan dahi.
    “apa semua ni?” tanya Henry.
    “you can’t see it?” soal Amani semula.
    “I see it. But what all this for?”
    “” awak kena teman saya hari ini. Saya nak tengok keliling langkawi. Saya nak pergi pulau-pulau yang ada dekat-dekat sini dan awak, kena temankan saya. Faham?”
    “kenapa pula saya? Awak pergilah sendiri. Saya sibuk ni.”
    “awak nak pasangan tua tu masuk campur?”
    Henry diam. Menoleh ke belakang dan pasangan itu masih lagi memerhatikan mereka. Henry terus masuk ke dalam feri. Ternyata, ada pemandu feri didalam itu yang mengemudi kapal bot itu.
    Setelah bot itu bergerak agak jauh, Amani meminta pengemudi itu berhenti sebentar. Dia mahu menangkap gambar di tengah-tengah lautan itu.
    “Henry…tolong tangkap gambar saya.” Minta Amani.
    Dengan wajah terpaksa Henry melayan Amani. Diambil kamera dari tangan Amani lalu di tangkap foto Amani. Jantung Henry berdegup kencang lagi. Melihat kecantikan Amani yang sangat menyerlah di tengah-tengah lautan ini.
    Henry menyedarkan dirinya. Dia harus bertenang. Jangan dilayan sangat perasaan tu.
    Tiba-tiba Henry mempunyai idea untuk mengenakan Amani.
    “er…Amani. Awak boleh berundur sikit tak? Lighting kat belakang tu kuat sangat lah. Gambar awak tak cantik. Berundur sikit.”
    Amani berundur sikit. Henry menyuruhnya kebelakang lagi. Amani mengundur dan mengundur. Tiba-tiba dia terjatuh dari bot. Henry ketawa terbahak-bahak. Amani menjerit meminta tolong.
    “rasakan sebab nak kenakan aku!” henry ketawa lagi.
    Amani hanya menjerit menjerit meminta tolong di dalam air kerana dia tidak pandai berenang. Tidak lama kemudian, Henry mula cuak. Amani bukan berpura-pura. Henry terus terjun untuk menyelamatkan Amani.
    Amani diletakkan diatas bot. pengemudi itu terus mengemudi bot ke resort semula. Henry menampar-nampar lembut muka Amani. Amani masih tidak sedar. Nak lakukan CPR atau tidak? Henry teragak-agak. Tanpa sedar, mereka sudah sampai di jeti. Henry terus membawa Amani ke keretanya. Hospital tidak jauh.


    Puan Latifah dan Dato’ Johan berlari menuju ke bilik rawatan Amani dengan tergesa-gesa. Setelah mengetahui Amani hampir lemas, mereka terus datang. Pintu dikuak keras. Kelihatan Amani sedang terbaring lesu di atas katil tanpa sedar. Tubir mata Puan Latifah bergenang. Melihat anak kesayangan terlantar lesu di hospital menggegarkan sanubari seorang ibu.
    Puan Latifah menghampiri katil itu. Walaupun Amani sudah selamat namun, dia tetap berasa sedih. Henry mendekati mereka dengan wajah bersalah.
    “maafkan, saya. Saya yang bersalah. Saya tak jaga Amani dengan baik. Saya minta maaf.” Pohon Henry.
    Dato’ Johan memandang henry. Tiada reaksi marah ataupun sedih pada wajahnya.
    “awak yang selamatkan anak saya kan?” tanya Dato’ Johan.
    “apa?” soal Henry semula.
    “saya dah tahu duduk perkara sebenarnya dari pekerja awak yang membawa kamu berdua berjalan-jalan menaiki bot. saya tahu awak tak bersalah.”
    Henry lega. Dia tidak dipersalahkan dan dia tidak akan di dakwa.
    “terima kasih Tuan.” Ucap Henry.
    Dato’ Johan menghadiahkan sebuah senyuman yang ikhlas. Lelaki berkumis nipis itu menghargai pertolongan Henry.
    Henry membalas senyuman itu. Dia memandang pula Puan Latifah yang sedang merenung wajah Amani. Mata Amani terbuka perlahan-lahan. Henry dan Dato’ Johan meluru ke katil Amani.
    “sayang….” Panggil Dato’ Johan kepada Amani.
    Amani masih lagi mamai. Kepalanya terasa berat. Pantas Dato’ Johan dan Puan Latifah memaut lengan dan tangannya.
    “Amani akan okay.. percayalah.” Yakin Puan Latifah.
    “pa..” seru Amani dengan suara yang serak dan lemah.
    “ya sayang??” dato’ Johan menyoal lembut.
    “He..Hen..Henry?” sebut Amani perlahan.
    Henry terus mendekatinya. Amani memandang wajah Henry.
    “ada apa Amani?” tanya Henry lembut.
    Amani menarik nafas berat. Badan dia masih lemah.
    “saya..tak..nak..jumpa..awak lagi.” Ujar Amani lemah lalu berpaling dan menutup matanya. Henry terkedu. Kata-kata Amani itu benar-benar meruntuhkan hatinya. Terasa pedih dan sakit.
    Dato’ Johan dan Puan Latifah hanya memandang antara satu sama lain dengan perasaan simpati. Rasa simpati terhadap Henry. Anak perempuan mereka tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada sesiapa jua. Ini kali pertama Amani tidak berjumpa dengan sesiapa.
    Henry menghembus nafas berat. Dia mengatur langkah meninggalkan bilik wad itu dengan hampa. Terasa langkah yang dihayun begitu berat. Henry bersandar pada dinding setelah keluar dari bilik itu. Kelihatan Najiha berlari anak menghampirinya.
    “Henry…Amani macam mana?” tanya Najiha dengan gelabah.
    Henry memandang Najiha dengan pandangan yang redup.
    “dia dah sedar.ada kat dalam tu.” Beritahu Henry. Najiha terus masuk kedalam bilik wad.
    Henry menghela nafas panjang. Memang wajar untuk Najiha membencinya saat ini. Dia hampir mengorbankan nyawa seorang manusia. Henry benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Memang kebudak-budakan.


    Amani memandang sepi pantai malam dari tingkap biliknya. Deruan ombak jelas kedengaran. Malam ini, bintang-bintang yang bergermalapan begitu banyak. Seolah-olah cuba menghiburkan hatinya yang sakit dan hampa. Hampa dengan sikap Henry yang hampir membunuhnya.
    Namun,dalam kehampaan terselit secebis rindu yang tak mampu diungkap. Walaupun hatinya begitu marah atas kelakuan Henry namun, dia tetap merindukan lelaki egois itu. Rindu dengan sikapnya yang selamber. Sikapnya yang dingin dan sombong. Aneh, baru beberapa kali bertemu hatinya begitu tertarik dengan personality lelaki itu. Sebab itulah mengapa dia sering mengacau Henry.
    Mengapa dia rindukan lelaki itu? Lelaki ego seperti itu tak patut dirindui. Amani menamatkan lamunannya. Ditutup jendela itu lalu direbahkan badannya ke atas katil. Kepalanya masih lagi terasa berat. Dia ingin merehatkan dirinya. Dipejam matanya rapat-rapat namun wajah Henry tiba-tiba muncul. Amani membuka matanya dengan laju. Dia bangkit berdiri dan berjalan mundar mandir ditepi katilnya.
    Kenapa wajah mamat sombong tu muncul? Aku dah bencikan dia sangat-sangat. Mana boleh aku ingat kat dia. Biasanya kalau seorang gadis teringat wajah seorang pemuda,apa tandanya? Kalau dalam drama,itu adalah rindu. Tapi, aku benci dia. Tak mungkin aku rindu. Mamat berlagak macam itu tak patut dirindui.
    Ya…aku terbayang wajah dia sebab aku tengah marah dengan dia. Bukan sebab rindu. Betul tu Amani. Kau tak rindukan dia. Takkan rindukan dia! Tidakkk!!! Hati Amani berkata-kata sendirian.
    Amani menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan kuat. Dia mengeluh.Hanya angin malam yang dapat menenangkan fikirannya sekarang ini. Dia mengatur langkah keluar. Dihirup angin malam di taman hadapan resort itu.ahhhh…tenangnya.
    Amani berjalan-jalan lagi di sekeliling resort. Namun,langkahnya terhenti apabila terserempak dengan Henry. Amani dan Henry diam. Masing-masing hanya memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang sukar diertikan.
    Amani berpaling. Nafasnya terasa sebak tiba-tiba. Amani melangkah laju untuk beredar. Hatinya tidak kuat untuk berdepan dengan Henry saat ini.
    “Amani!!!” panggil Henry dengan lantang menghentikan langkah gadis itu. Badannya kaku tidak bergerak. Dia membelakangkan Henry.
    “saya minta maaf.” Ucap Henry lembut. Mata Amani membuntang. Badannya terus berpusing laju dan mendekati Henry.
    “apa awak cakap tadi? Boleh tolong ulangkan?” pinta Amani dengan mata yang bersinar-sinar. Henry cuba menahan malu. Namun,rasa bersalahnya terhadap Amani memaksanya untuk merobohkan tembok seorang lelaki.
    “saya minta maaf. Saya tahu saya dah terlampau dengan awak. Saya tak patut buat awak macam tu. Saya hampir bunuh awak. Saya minta maaf.” Ikhlas Henry.
    Amani masih tercengang. Sukar untuk mempercayai bahawa seorang lelaki yang dulunya dingin,sombong dan ego akhirnya menuturkan maaf kepadanya. Amani masih diam. Henry memandangnya dengan pelik.
    “Amani?” tegur Henry menyedarkan Amani.
    Amani terkebil-kebil.
    “a..saya..tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak boleh nak berikan apa-apa kemaafan pun pada awak sekarang ni. Tapi, bila saya dah reda sikit saya akan beritahu awak.” Ujar Amani sambil memandang ke bawah. Henry hanya mengangguk.
    “saya pergi dulu.” Amani lantas meninggalkan Henry sendirian.
    Henry kaku. Dia tahu Amani tak mungkin akan memaafkannya dengan begitu mudah. Dari petang tadi, Henry asyik memikirkan Amani. Hatinya meronta-ronta untuk berjumpa dengan gadis yang selalu mengusiknya itu. Gadis yang ceria dan sabar dengan karenahnya yang sombong dan dingin. Itulah yang bernama Amani.

    Pagi itu, Amani bersama dengan Mak cik Jolie dan Pak cik Sam lagi. Mereka telah memanggilnya untuk bersiar-siar bersama. Amani tahu, mungkin mereka marah dengannya kerana telah berbohong tentang dia dan Henry. Amani sedia mendengar leteran pasangan tua itu.
    “amani…” mak cik Jolie memanggilnya lembut. Amani menatap wajah wanita itu.
    “ada apa,mak cik?”
    “kami tak salahkan Amani pun sebab dah tipu kami berdua. Henry dah ceritakan pada kami situasi sebenar.” Terang Mak cik Jolie.
    Amani tersenyum manis. Lega hatinya pasangan ini tidak tersinggung dengannya.
    “amani..pak cik nak cakap sesuatu boleh?” pak cik Sam pula bersuara.
    Amani mengangguk.
    “sebenarnya lelaki ni mempunyai sikap yang ego. Lelaki takkan mudah menyerahkan maruah mereka untuk orang perempuan. Mereka fikir, harga diri mereka lebih tinggi. Jadi, semakin kuat ego lelaki itu semakin setialah dia.” Pesan pak cik Sam dengan lebar.
    “apa maksud pak cik sebenarnya?” tanya Amani yang masih tidak dapat menangkap maksud Pak cik Sam yang sebenarnya.
    “Henry tu memang ego. Ego dia tu tinggi. Tapi ego dia dah runtuh. Sebab apa? Sebab awak yang runtuhkan ego dia tu.” Jawab Pak cik Sam.
    “saya? Apa yang saya dah buat?”
    Mak cik Jolie pantas menjawab.
    “awak dah buatkan Henry jatuh cinta pada awak.”
    Amani terdiam. Jatuh cinta? Henry jatuh cinta pada aku? Tak mungkinlah…
    “kenapa mak cik cakap macam tu?” tanya Amani inginkan kepastian.
    “mak cik dan pak cik dah bercinta berpuluh-puluh tahun dah. Kami tahu sangat macam mana muka dan tindakan orang yang dah jatuh cinta.”
    Amani masih kurang mengerti.
    “masa Henry cerita kat kami pasal ni,kami dah dapat tangkap apa yang sedang berlaku ke atas dia. Wajah dia jelas sekali menunjukkan yang dia dah jatuh cinta pada awak.” Jelas Mak cik Jolie lagi.
    Amani merenung wajah wanita itu. Kurang kepastian dan masih ragu-ragu terhadap berita yang disampaikan kepadanya.
    Betulkah Henry jatuh cinta kepadanya? Atau Henry hanya sekadar rasa bersalah dengannya? Semalam Henry meminta maaf kepadanya. Mungkin rasa bersalah telah meruntuhkan egonya,bukan kerana cinta. Ya, Henry hanya rasa bersalah pada kau Amani.
    “kalau macam tu,saya pergi dulu ye. Saya ada hal sikit.” Pinta Amani lalu bangkit dari dudukan. Mak cik Jolie menyambar tangan Amani dengan pantas. Amani tersentak.
    “ingat Amani…cinta memang akan mengelirukan kita. Kadang-kadang, kita tak sedar pun yang kita dah jatuh cinta. Jadi,hargai perasaan cinta itu. Seorang manusia bila dah jatuh cinta sukar untuk dia menafikannya.” Pesan Mak cik Jolie.
    Amani memandang wanita itu dengan perasaan terharu. Hatinya tersentuh dengan ucapan ikhlas itu. Apa yang dia boleh lakukan untuk mengetahui perasaan sebenar Henry? Amani sekali lagi merancang sesuatu terhadap Henry. Apa pula rancangannya kali ini? Hanya Allah saja yang tahu.

    (BERSAMBUNG....)